Membudayakan Integriti di kalangan warga kerja Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd.
Memperkasakan standard perkhidmatan yang berintegriti di kalangan warga kerja Rangkaian Hotel Seri Malaysia melalui pengendalian aduan dan siasatan secara telus, berani dan profesional.
Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh Pengurusan Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd. untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini diletakkan secara terus di bawah Jawatankuasa Audit, Risiko dan Integriti (JARI) di bawah penyeliaan Bahagian Sumber Manusia Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd.
Menerima dan memastikan tindakan diambil terhadap semua maklumat atau aduan salah laku tatatertib dan salah laku jenayah (disalurkan ke agensi penguatkuasa) oleh kakitangan Rangkaian Hotel Seri Malaysia di semua peringkat.
Untuk membuat aduan, sila hubungi saluran yang disediakan seperti berikut:
011 - 5754 0936
03 - 2299 7802
Pegawai Integriti
Unit Integriti,
Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn. Bhd.
Suite A - 32 - 7, Menara UOA Bangsar,
59000 Kuala Lumpur